Bateri Kereta Shah Alam

Adakah anda sedang mencari kedai battery Shah Alam yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan masalah bateri kereta anda yang rosak? Usah bimbang, Bateri Boss bersedia membantu anda dengan perkhidmatan sokongannya yang tersedia sepanjang masa (24/7 – 24 jam setiap hari). Bateri Boss seharusnya menjadi kedai battery pilihan utama anda di kawasan Shah Alam kerana kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat para pelanggan kami. Bagi mereka yang mengalami kerosakan kereta berkaitan dengan masalah bateri, kami menawarkan servis penghantaran dan penggantian bateri kenderaan ke lokasi anda secara percuma!

Bateri Boss ialah kedai bateri Shah Alam yang telah beroperasi sejak tahun 2020 dan 100% dimiliki oleh Bumiputera. Kami bukan sekadar memiliki kepakaran dalam industri penyelesaian masalah bateri kereta, malah kami juga merupakan pengedar bateri kereta Amaron yang sah di Malaysia. Bukan setakat itu, kami juga menyediakan pilihan jenama bateri kereta yang dikenali serta dipercayai ramai seperti Amaron, Century, Varta, dan MP Power. Oleh yang sedemikian, percayalah bahawa kami hanya menggunakan produk yang tulen (genuine) dan berkualiti tinggi. Demi merealisasikan visi dan misi kami, kedai battery Shah Alam ini mengutamakan keperluan dan kehendak pelanggan, menjanjikan perkhidmatan bantuan kerosakan yang terbaik kepada pelanggan kami, serta mengetengahkan produk yang berkualiti tinggi pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Penghantaran Bateri Kereta

Bateri Boss, kedai bateri Shah Alam yang dikenali dengan perkhidmatan terbaik serta kepakarannya terhadap isu bateri kereta ini bakal menghantar juruteknik bertauliah demi menyelesaikan masalah bateri kereta anda. Kami bukan sekadar membantu anda membaiki kerosakan kereta, malah kami boleh memberikan nasihat dan perkongsian tentang penjagaan bateri kereta kepada anda. Sekiranya anda mengalami masalah kerosakan kereta di sekitar Shah Alam, kami boleh membantu anda dengan segera – dalam tempoh 15 hingga 30 minit (bagi radius kawasan sejauh 30km). Anda hanya perlu menghubungi kami, menyediakan butiran tentang kenderaan anda, dan memberikan lokasi terkini. Seterusnya, pihak kami akan memberikan jangkaan masa ketibaan (ETA) ke lokasi anda dan bertolak untuk membantu anda.  

*Harap maklum bahawa perkhidmatan penghantaran dan penggantian bateri kereta hanya dilakukan semasa waktu bekerja.

Schedule Your Appointment Today

We specialize in your car battery service

Call: +6012-550 0287


CALL NOW

Schedule

Schedule Your Appointment Today

We Specialize in Your Car Battery Service

Call: 012-550 0287

CALL NOW