Bateri Kereta Murah Kuantan

Bateri Boss (Bateri Kereta Murah Kuantan) adalah kedai bateri kereta Kuantan yang memiliki kepakaran dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah bateri kereta anda. Kami menawarkan perkhidmatan sokongan yang berterusan; 24/7 (24 jam pada setiap hari). Sekiranya anda mengalami masalah bateri kereta di kawasan Kuantan, maka Bateri Boss adalah pilihan yang terbaik bagi anda. Dengan barisan juruteknik yang berpengalaman dan bertauliah, kami mampu menyelesaikan masalah bateri kereta anda dengan pantas serta cekap, di mana jua anda berada. Penghantaran bateri kereta boleh dilakukan dalam tempoh 15 hingga 30 minit sahaja sekiranya anda berada dalam 30km radius kawasan Kuantan. Kami komited untuk memberikan servis yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan bagi memastikan kepuasan para pelanggan kami. Untuk mendapatkan makluman lanjut mengenai servis atau produk kami, sila hubungi Bateri Boss melalui Whatsapp, panggilan telefon, atau e-mel. Staf khidmat bantuan pelanggan kami sentiasa bersedia untuk membantu anda.

Anda hanya perlu melakukan 3 perkara berikut sekiranya mengalami masalah kereta akibat kerosakan bateri: hubungi Bateri Boss, sediakan butiran kenderaan anda, kongsikan lokasi terkini (lokasi kenderaan anda). Selepas itu, giliran pihak kami pula untuk bertindak dengan menyediakan anggaran masa ketibaan (ETA) dan menghantar juruteknik terlatih ke lokasi anda.

bateri kereta kuantan

Pengedar Bateri Amaron Kuantan

Anda sedang tercari-cari kedai bateri Amaron di Kuantan? Oleh yang sedemikian, anda haruslah mengunjungi Bateri Boss kerana kami adalah antara pengedar bateri Amaron yang sah di Malaysia. Kami menjanjikan bateri Amaron Kuantan yang tulen (genuine), berkualiti tinggi, dan menawarkan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran! Malah, bateri Amaron Kuantan ini memiliki waranti selama 12 hingga 18 bulan.

Selain bateri Amaron, kami juga menawarkan pelbagai jenis jenama bateri lain yang dipercayai dan dikenali ramai – pada harga yang berpatutan. Antaranya ialah Century, Varta, dan MP Power. Servis kami meliputi pelbagai kelebihan berbanding perkhidmatan yang ditawarkan oleh kedai bateri kereta Kuantan yang lain; ia termasuklah penghantaran secara percuma, pemeriksaan terhadap alternator dan starter kereta anda tanpa sebarang caj tambahan, serta khidmat nasihat atau perkongsian tentang cara penjagaan bateri kereta (sekiranya pelanggan memerlukannya).

Schedule Your Appointment Today

We specialize in your car battery service

Call: +6012-550 0287


CALL NOW

Schedule

Schedule Your Appointment Today

We Specialize in Your Car Battery Service

Call: 012-550 0287

CALL NOW